Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, July 26, 2011

Jawapan kepada soalan ku~

Bismillahirrahmanirahim...


Assalamualaikum w.b.t...
Malam ini aku terpanggil untuk mencoretkan sedikit luahan rasa dihati ini..
Bunyi macam agak sedih, tapi tidak sebenarnya..Ini kerana jawapan si Dia telah memecahkan kelalaian aku dan mengupas rasa keinsafan dalam hati ni..( sorry, malam ni ayat ala2 kesusasteraan bahasa melayu tingkatan 5 yerr)

Yerr...mungkin ramai yang tertanya-tanya..apakah soklanku dan apakah jawapan si Dia?
Tahun ini, merupakan tahun yang agak susah bagi ku..Aku sering kerja dan tak berhenti memikirkan pasal kerja, sudah la sepanjang hari aku habiskan masa ku menghadap kerja2 aku, malam pulang aku masih memikirkan soal kerja, apa yang perlu aku buat esok, siapa yang perlu aku jumpa, apa lagi paperwork yang pending sehinggakan aku terlupa yang ada sesuatu yang lebih penting dari kerja..

Benar kata orang, jangan biarkan hidup kita jadi hamba kerja..kelak kita akan merana..
Sepanjang kerjaya aku dalam bidang bisnes, aku jumpa ramai orang...pelbagai ragam dan kerenah aku layan dan dengar hampir seluruh hari ku..sehinggakan aku lupa masa yang perlu aku luangkan untuk diriku sendiri...aku terlalu memikirkan soal persiapan kawin ku, dan kerjaya ku (lagi)

Memang sepanjang hampir 4 tahun berkerja, boleh dikatakan gaji aku cukup untuk semua keperluan aku dan aku tak pernah sesak dan sentiasa ada rezeki aku..itu aku tak nafikan..

Tapi yang menjadi kemusyikilan padaku, mengapa aku tiada rezeki yang lebih??sedangkan gaji aku lebih dari apa yang aku dapat ketika aku mula2 bekerja? Aku mula persoalkan, adakah aku boros? tidak sebab aku jarang berhabis duit,aku tak shopping tiap2 bulan dan mmg jarang2 sangat aku beli barang yang mahal..tapi aku pun pelik, seolah2 tiada yang lebih untuk aku...Timbul lagi persoalan, adakah rezeki aku ini tak berkat? Nauzubillah, aku mintak Allah pelihara la aku dan rezeki yang aku cari..


Kemudian timbul rasa in-secure dalam hati ni, takut2 jika rezeki aku hanya cukup2 untuk ku, apakah lepas aku kawin, aku mampu berikan kesenangan pada anak2 ku? pada kedua orang tua ku? pada keluarga ku?


Lalu aku ajukan soalan begini pada tunang ku..dia cukup cermat mendengar segala ngomelan aku, segala kemusyikilan aku..


Lantas disaat aku menantikan jawapan diakhir pertanyaan ku itu, dia menjawap dengan perlahan " Sayang, ada sebab Allah swt tu tak beri kekayaan pada seseorang walaupun dia cukup kerja kuat nak mencapai segalanya" 
Nak tau apa jawapan nya? " Kerana Allah tidak mahu hambaNya ini lupa dan lalai kepadaNya..ingatlah, perhiasan dan harta dunia ini boleh membuatkan hati ini gelap"

Subhanallah, tak semena2 hati aku mula sebak!
Sebak kerana bagaimana aku mula mengejar harta dunia sehinggakan aku jarang mengingatkan diri ku bahawa aku perlu penuhkan harta akhirat ku..


Mungkin ini satu peringatan buatku dan ianya amat mendalam bagiku kerana orang yang ku sayang telah mengingatkan aku supaya jangan tenggelam dalam perhiasan dunia..
Selagi kita tak merempat, tak kebulur, beringatlah bahawa rezeki yang Allah kurniakan itu amat mencukupi..dan manusia ini tidak akan pernah cukup dengan apa yang diberikan..Maka ucaplah syukur kepada Allah walaupun rezeki yang diberikan itu sekecil sebutir beras..

Memandangkan minggu depan bulan ramadan, semoga apa yang aku kongsikan bersama malam ni dapat memberi peringatan kepada sahabat2 diluar sana


 (Teringat saat tiba diperkarangan Masjidil Haram, masa tu dalam bas, terlihat samar2 Kaabah dicelah bangunan, air mata ku tak mengalir kerana terharu kiblatku selama ini berada didepan mata ku! Subhanallah!)



Sekian..
Wassalam
















No comments:

Post a Comment